Namun apa dayanya kita? Kita tidak dapat membantu bagi mereka yang mengambil sikap tidak peduli atau pada zaman sekarang lebih terkenal dengan sindrom akutidakpedulisme. Mereka ini dengan mudahnya membiarkan diri mereka dipergunakan, diarah, disuruh, dan sebagainya. Tanpa sebarang bantahan atau berfikir panjang, terus sahaja bersetuju dan melakukan arahan tersebut.
Apabila semua ini berlaku, dapat kita lihat manusia kini terbahagi kepada 2 golongan iaitu golongan yang berkuasa (memberi arahan) dan orang suruhan (diberi arahan). Maka terbukti betullah apa yang dipujanggakan oleh orang melayu zaman dahulu, ibarat lembu dicucuk hidung. kenapa tidak kita ambil sedikit masa berfikir adakah arahan yang diberi itu betul atau tidak? memberi manfaat atau tidak? berguna atau tidak? dan adakah kita ini berbaloi melakukannya? fikirlah saudara saudariku... FIKIRLAH.....
KEHIDUPAN INI HANYALAH 10% MENGENAI APA YANG BERLAKU DALAM KEHIDUPAN KAMU, DAN 90% LAGI IALAH BAGAIMANA KAMU MENGHADAPINYA - LOU HOLTZ
