Tuesday, April 12, 2011

Penerimaan...

hidup tidak selalunya indah... langit tak selalu cerah... suram malam tak berbintang... itulah lukisan alam...

kdg kala apa yang kita sangkakan baik, penuh keceriaan, senyum tawa, gurau senda, bersama org yang kita syg, tidak kira pasangan kita, sahabat handai, rakan taulan, keluarga, dan sesiapa shaja yang memiliki hubungan baik dengan diri kita akan berakhir. tanpa mengira apa yang menjadi penyebabnya, kita akan laluinya juga.. yang menjadi persoalan utama ialah adakah kita sudah sedia untuk mengahadapi saat itu.. kemungkinan besar, masalah yang kita hadapi itu datang secara mengejut atau pun kita telah lama mempertahankannya sehingga suatu ketika kita akan mengalah..

sy percaya apa sahaja yg kita miliki pada saat dan ketika ini, kita akan jaga dan pertahankan walau apapun yang terjadi. namun kdg kala kita akan berhadapan situasi sukar.. bermaksud kita terpakasa membuat keputusan yang mungkin akan mengubah kehidupan kita selepas itu.perubahan yang berlaku adalah dari diri kita sendiri.bukan dari orang lain.. tetapi ingat, keputusan yang kita ambil akan mempengaruhi kehidupan orang lain juga..

setiap org memiliki hak untuk membuat pilihan.. dan jika kita telah berfikir masak2 tntg apa yang berlaku, dan kita yakin dengan keputusan yang kita ambil, maka buatlah keputusan tersebut. dan jangan lupa fikirkan kesan keputusan kita itu.. moga2 perkara itu sebaiknya memberi kebahagiaan kepada kita sebagai seorang manusia. dan bukan membawa kepada kesedihan dan kesusahan..

Friday, April 8, 2011

PetuA Hilangkan MenGgelabah Rock...

bbrapa ari lepas ada org tanya aku camner nak ilangkan nervous@gemuruh@gelabah dan yang sewaktu dgnnya.. tak kira pempuan ker laki.. sama jer.. sumer akan rasa benda nih d masa yang kritikal... ok.. ada satu benda aku nak kongsi.. mudah jer nak wat benda nih.. tgk betul2 rajah bawah ni...


ok... paham?? ni antara contoh terbaik nak hilangkan gemuruh.. ramai org bg tips hilangkan gemuruh saat kita alami benda tu.. tp tak ramai yang sedor kita boleh sediakan diri lagi awal dari tu.. bukak mata ya kekawan.. cara tebaik ialah ikut apa Islam ajar.. senang... InsyaAllah konfirm2 korg bleh atasi gemuruh tu.. dulu masa time skolah, korg ingat tak sebelum SPM tu brapa bnyak korg solat, doa and segala bagai amalan lah... tp kenapa bila masuk U, kita kurang wat semua tu.. Kenapa? pastu nak masuk exam nervous? kenapa? jawablah sindri.. ok.. tu jer petua untuk kali nih.. sapo lagi nak petua, blehlah tanya lagi pasnih... Assalamualaikum....

Tuesday, April 5, 2011

ITU SEBENARNYA YANG KITA TAK TAU..

MEH POSITIF DULU

ada antara kita asyik tension ngan adanya masalah.. termasuklah yang menulis nih.. tp kita dok fikir2 slalu ye ke sbnrnya masalah tu beban.. ITU SEBENARNYA YANG KITA TAK TAU... mari kita renung kembali apa yang kita miliki, apa yang kita dah hilang dan apa yang kita mahu miliki.. agak2nya apa yang kita nak dalam hal nih.. nak jaga "benda" tu? nak hilang "benda" tu? nak cari "benda" tu?

haa.... kan?mesti tertanya2 kan? kalau kita tanya pd org yg ada sekelililng kita, masing2 ada pendapat masing2.. tp kan, lagi elok kalau kita baca buku2, dan wat keputusan sendiri.. kalau salah pun sekurang2nya kita akan rasa sendiri natijahnya.. samada baik atau tak.. hidup nih kita kena bnyk mencuba, sebabnya hidup nih mmg penuh ngan cubaan.. kan3? jadi apabila kita dah wat keputusan, kita redha dan berserah.. and jgn lupa istikharah.. sunnah tu.. kena ikut...

nak kiri ke kanan? nak depan ke blkg? nak kawan ker sorg2? nak makan ke tak? nak apa lagi??? semua yg apa kita nak buat penuh ngan pilihan.. huhu.. so be positivelah ya...

den nih suko edit2....

den suko edit.. design2... den pon tak tau knp.. yg den tau den suko wat apo yang den suko.. apo2lah.. main Pes ko... men starcraft ko.. edit gmbor ko.. buat short movie ko(yg nih baru jo den setat)...

NI BJU DEN BUAT NGAN KWN DEN AMIR UTK FLOOR DEN... HOHO..
PUNYA AWESOME...

YG NIH DEN RANCANG UTK MEMBER KIMIA DEN.. ADO LAGI BWAH2 NIH..
ADO LAGI...
DEN PON TAK TAU LAGI BUDOK2 NIH NAK YANG MANO...
NI LAST YG LAGI SATU...
KORG PILIH LAH YO..


ADO KWN DEN YG NAK WAT BUSINESS.. TP DEN RASO NAK WAT SATU BRAND.. BRAND AWESOME KITO2 JO.. HOHO.. ADIOS..




Monday, March 28, 2011

AMBIL KESEMPATAN...

Kebanyakan manusia zaman sekarang suka mengambil kesempatan atas kehidupan orang lain. Demi kepentingan kendiri, mereka melakukan apa sahaja asalkan matlamat mereka terhasil. Tanpa memikirkan komplikasi terhadap "mangsa" dari segi emosi dan sebagainya. Tidak berfikirkah mereka yang kepentingan duniawi yang dikejar dan diagungkan tidak lama?? Sejarah yang dimiliki hanya tercatat sebagai bacaan tanpa ada yang menghayatinya sebagai sumber pengajaran yang paling utama. 

Namun apa dayanya kita? Kita tidak dapat membantu bagi mereka yang mengambil sikap tidak peduli atau pada zaman sekarang lebih terkenal dengan sindrom akutidakpedulisme. Mereka ini dengan mudahnya membiarkan diri mereka dipergunakan, diarah, disuruh, dan sebagainya. Tanpa sebarang bantahan atau berfikir panjang, terus sahaja bersetuju dan melakukan arahan tersebut. 

Apabila semua ini berlaku, dapat kita lihat manusia kini terbahagi kepada 2 golongan iaitu golongan yang berkuasa (memberi arahan) dan orang suruhan (diberi arahan). Maka terbukti betullah apa yang dipujanggakan oleh orang melayu zaman dahulu, ibarat lembu dicucuk hidung. kenapa tidak kita ambil sedikit masa berfikir adakah arahan yang diberi itu betul atau tidak? memberi manfaat atau tidak? berguna atau tidak? dan adakah kita ini berbaloi melakukannya? fikirlah saudara saudariku... FIKIRLAH.....

KEHIDUPAN INI HANYALAH 10% MENGENAI APA YANG BERLAKU DALAM KEHIDUPAN KAMU, DAN 90% LAGI IALAH BAGAIMANA KAMU MENGHADAPINYA - LOU HOLTZ